Frasa Kerja dengan Kata Bantu
Terdapat dua jenis kata bantu iaitu
kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
Kata
Bantu Aspek - Menerangkan waktu
Contoh :
- Sudah dilakukan: sudah,telah,pernah,baru.
Amir telah
lulus ujian itu.
Dia
baru keluar untuk makan tengah hari.
- Sedang dilakukan: sedang,masih,mula.
Kakak
sedang memasak di dapur.
Pembeli mula membeli belah
di pasar raya yang
baru dibuka
itu.
- Belum dilakukan: belum,akan.
Adik belum
sembuh sepenuhnya.
Polis akan
menyiasat kes itu.
Kata
Bantu Ragam - Menerangkan perasaan sesuatu perbuatan atau kerja.
Contoh : hendak, mahu, harus, boleh,
dapat, mesti, harus mahu, mesti mahu, mesti dapat, harus hendak, mesti boleh.
Afiqah mungkin menyertai
program motivasi itu.
Kita harus berfikir sebelum
bertindak.
Jayanthy boleh berbahasa Melayu
dengan baik.
Kehadiran
kata bantu dalam ayat
Kata
Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam:
Adik
belum hendak mandi lagi.
Kata
Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek:
Pemuda
itu harus telah pergi ke kampung lain.
Frasa kerja dengan Ayat Komplemen
Frasa kerja yang mengandung inti
kata kerja transitif boleh menerima ayat komplemen untuk membentuk ayat majmuk.
Frasa Kerja Transitif + Ayat
Komplemen:
>
Aina menafikan bahawa dia sudah berkahwin.
Frasa kerja yang mempunyai inti kata
kerja tak transitif juga boleh menerima ayat komplemen untuk membentuk ayat
majmuk.
Frasa Kerja Tak Transitif + Ayat
Komplemen
>
Pesalah itu telah bersedia untuk menerima hukuman.
Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
- Menerangkan kata kerja
- Hadir selepas objek
- Terdiri daripada kata sendi nama
- Frasa keterangan terbahagi kepada
lapan iaitu:
i.
Keterangan tempat
atau arah - di, ke, dari, daripada, kepada, pada
Dia
menunggu dari tadi.
ii.
Keterangan waktu - pada,
dalam, sejak, hingga
Pada waktu
petang, Amani akan beriadah bersama keluarganya.
iii.
Keterangan cara – dengan
Cikgu
Aisyah menegur kesalahan Malik dengan lembut dan berhikmah.
iv.
Keterangan tujuan
atau harapan - demi, untuk, dan, bagi
Demi
menampung keperluan anak-anaknya, ibu tunggal
itu sentiasa bekerja keras mencari rezeki.
v.
Keterangan alat – dengan
Kami pulang ke kampung dengan
menaiki bas.
vi.
Keterangan penyertaan
– dengan
Adli
ke klinik dengan ayahnya.
vii.
Keterangan hal - tentang,
mengenai, tehadap
Aminah
menulis rencana tentang gejala sosial di Malaysia.
viii. Keterangan bagai - seperti,
bagai, sebagai, bak
Hubungan Mira dan Nadia bagai
isi dengan kuku.
No comments:
Post a Comment