ASPEK
TATABAHASA LAIN
Konsep
Tatabahasa
Menurut ensiklopedia bebas (Wikipedia), tatabahasa
bahasa Melayu secara umumnya mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan
sintaksis. Mofologi ialah bidang ilmu
bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata manakala sintaksis
pula adalah kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi
Asmah
Hj Omar ( 1993 ), menyatakan morfologi sebagai peninjau linguistik yang
menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem. Dalam
morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.
Morfem
Morfen
ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh
dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini
terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Contohnya, perkataan tetak. Tetak tidak akan berfungsi dan
bermakna jika dipecahkan kepada te dan tak. Sebaliknya kata ditetak
boleh dipecahkan kepada dua morfem,
iaitu di dan tetak. Kesimpulannya perkataan boleh terdiri
daripada beberapa morfem. Merfem terbahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan
morfem terikat.
Morfem Bebas
Menurut Mark S. Letourneau
(2001) mentakrifkan morfem bebas yang
disebut “free morphemes” dalam bahasa Inggeris sebagai”…morphemes
that can occur by themselves in a phrase or sentence”. Contohnya perkataan
“write” yang boleh berdiri sendiri dalam rangkai kata atau ayat.
Abdullah Hassan (2004), morfim bebas secara ringkas sebagai morfem yang
boleh wujud bersendirian. Contohnya, perkataan balas yang boleh
hadir secara bersendirian sebagai sebuah kata.
Morfem terikat/imbuhan
Menurut
Mark S. Letourneau ( 2001), morfem terikat yang dikenali sebagai “ bound
morphemes” dalam bahasa Inggeris sebagai “… morphemes that cannot occur
by themselves”. Contohnya, - s, -er, dan –ing yang
perlu hadir bersama dengan morfem lain
bagi membolehkan morfen jenis ini membentuk kata seperti dalam kata “writes”
“writer” dan “writing”. Manakala, Abdullah Hassan (2005), pula
menyatakan morfem terikat mesti digunakan bersama sekurang – kurangnya satu
morfem lain. Contohnya, membalas daripada cantuman mem dan
balas. Imbuhan awalan mem –
ialah morfem terikat kerana mem– tidak boleh berdiri berdiri sendiri dan
memerlukan suatu bentuk lain dalam penggunaannya.
Morfen
terikat/imbuhan boleh dibahagikan seperti berikut:
a) Awalan.
Ditambah pada bahagian depan kata
dasar.
Contoh: bersugi, membaca
b) Akhiran.
Ditambah pada bahagian belakang kata
dasar.
Contoh : mainan, temui
c) Sisipan.
Diselit di antara unsur-unsur kata
dasar.
Contoh : telapak (tapak)
d) Apitan.
Ditambahkan serentak pada awalan dan
akhiran kata dasar.
Contoh
: perusahaan, memasukkan
Bentuk
Kata
Bentuk
kata terbahagi kepada bentuk tunggal, bentuk
kata terbitan, bentuk kata majmuk
dan bentuk kata ganda.
Kata
tunggal
Bentuk kata
tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar
iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan
kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan
bentuk kata terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata atau
lebih suku kata.
Kata
tunggal dibahagikan kepada tiga jenis :
a) Kata
tunggal merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan
yang bermakna.
Contoh : mari, segera, sini.
b) Kata
tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-
kurangnya satu unit yang bebas untuk
melaksanakan tugas nahunya.
Contoh : dari, dan, pada.
c) Kata
akronim, merupakan perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan
beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk
singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.
Contoh : Komuter – keretapi berkomputer
Kata
Terbitan
Kata
terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui
proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan
menghasilkan empat bentuk kata terbitan.
a) Kata terbitan awalan
b) Kata terbitan akhiran
c) Kata terbitan apitan
d) Kata terbitan sisipan
Kata
Majmuk
Kata
majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau
lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata
majmuk yang telah mantap.
Kata
majmuk terbahagi kepada tiga :
a) Kata
Nama Majmuk .
Contoh : setiausaha, warganegara,
tangatangan
b) Kata
Kerja Majmuk.
Contoh : menendatangani, bertanggungjawab,
memberitahu
c) Kata
Sifat Majmuk.
Contoh : sukacita, dukacita
d) Kata
Tugas Majmuk.
Contoh
: apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana
Kata
majmuk terbahagi kepada tiga jenis :
a) Kata majmuk berbentuk istilah serta berbentuk gelaran
Contoh : gambar rajah, biru
laut, menteri besar, profesor madya
b) Kata
majmuk berbentuk istilah khusus
Contoh : garis pusat, mata
pelajaran, kertas kerja
c) Kata
majmuk yang mendukung maksud kiasan ( simpulan bahasa )
Contoh
: kaki bangku, makan angin
Kata
Ganda
Menurut
Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi
secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau
tanpa imbuhan.
Terdapat
tiga jenis kata ganda :
a) Penggandaan
penuh.
Proses yang menggandakan keseluruhan
kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata
nama, kata kerja dan kata sifat juga boleh digandakan.
Contoh
: daun-daun, kereta-kereta.
b) Penggandaan
separa
Proses yang menggandakan sebahagian
kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.
Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
Contoh : kekabu, berlari-lari
c) Penggandaan
berentak
Proses
penggandaan berentak memerlukan seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi
tertentu diulang atau diubah. Penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis
iaitu, penggandaan berentak mengulangi vokal, penggandaan berentak pengulangan
konsonan dan penggandaan berentak bebas.
Pembentukan
Kata
Menurut
, ensiklopedia bebas ( Wikipedia ), Dalam linguistik, pembentukan kata ialah
proses pembentukan perkataan baru. Kata boleh dibentuk melalui tiga cara
utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Jelaslah bahawa pembentukan kata
dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataan.
Terdapat bentuk perkataan yang bersifat
tunggal. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
a) Pengimbuhan.
Contoh : meninggal, dan meninggalkan.
b) Pemajmukan.
Contoh : kereta api dan surat
khabar.
c) Penggandaan
Contoh : pokok-pokok dan bola-bola.
Penggolongan
kata
Menurut Nik Safiah Karim et al.(
2009 ), perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan dalam beberapa
golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur
fonologi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik. Semua
perkataan bahasa Melayu yang terbentuk sama ada melalui proses tunggal (
termasuk pengakroniman ), pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan, boleh
digolongkan dalam beberapa golongan kata yang mempunyai persamaan yang
tertentu.
Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu
yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi. Sintaksis bukan
sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan
bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri
daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh : Kamilia
sedang solat.
Contoh ayat di atas terdiri daripada
dua bahagian iaitu (i) Kamilia sedang dan bahagian (ii) solat.
Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa
atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai sama ada
unsur-unsur frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur
ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan dan sekiranya
terdiri daripada satu perkataan sahaja , ia berpotensi untuk diperluas menjadi
dua perkatan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan
predikat. Terdapat empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK),
frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Menurut binaannya frasa dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu, frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.
No comments:
Post a Comment