Tuesday 11 March 2014

Tajuk 7 : Frasa Adjektif Bahasa Melayu


FRASA ADJEKTIF

Menurut Nik Safiah Karim (1993), menyatakan bahawa konsep frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai intinya.

Justeru itu frasa adjektif boleh terdiri daripada sepatah kata adjektif atau dua kata adjektif yang mendukun fungsi predikat ayat. Contohnya;
Subjek ( FN )          Predikat ( FA )
1. Iskandar            Tinggi          

Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat, yang hadir selepas kata kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.

Binaan frasa adjektif

Inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis :
1) Binaan satu perkataan – Contoh : hijau, jauh.

2) Binaan dua perkataan –
a) Kata adjektif + kata adjektif  
i) menekankan unsur keserasian makna
 -  lemak manis
          ii) maknanya berlawanan
          - tua muda

b) Kata adjektif + kata nama  

Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama sebagai penerang. Ia membawa maksud :
i) Keserupaan – manis buah, kuning langsat
ii) Kiasan – ringan tulang, panjang tangan.

Penguat

Kata adjektif menjadi inti frasa yang boleh dipeluaskan dengan kata penguat. Perkara ini berlaku kerana kata penguat merupakan penanda kata adjektif. Jika kata penguat hadir dalam binaan kata adjektif, kata penguat mesti hadir betul-betul sebelum atau selepas kata adjektif. 

Ada di antara kata penguat terletak di hadapan adjektif atau selepas kata adjekti dan ada pula terletak secara bebas. Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:

Di hadapan : paling kecil, amat laju

Di belakang : tebal sekali, dekat benar

Secara bebas : amat cantik, cantik amat.

Secara berderetan : sungguh bijak sekali, belum kecewa lagi

Kata Bantu

Peluasan ini ialah sebagai inti frasa, kata adjektif bolah diperluas dengan kata bantu sebelum kata adjektif tersebut. Selain itu, kata bantu seperti, sudah, masih, belum tentu, dan masih belum, boleh hadir berderatan sebelum kata adjektif. 

Contohnya : Nasi itu masih belum masak.

Ini boleh dilihat bahawa kata bantu berada di hadapan kata adjektif jika kata adjektif itu tidak didahului oleh penguat. Sekiranya penguat hadir, maka kata bantu berada sebelum kata penguat tersbut. 

Contohnya: Penyelidik itu mesti amat teliti

No comments:

Post a Comment