Saturday 25 January 2014

Ragam dan Jenis Ayat



RAGAM  DAN  JENIS  AYAT

A. AYAT AKTIF:

i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.
iii. Contoh : Syafie sedang mengecat dinding. (Syafie ialah pelaku (di depan) dan dinding ialah benda kena buat)


B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku ganti nama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :

i.  Dinding itu dicat oleh Syafie.
ii. Dinding itu kamu cat. (pelaku diri kedua)
iii.Dinding itu saya cat. (pelaku diri pertama)


JENIS-JENIS AYAT

Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.

Ayat Dasar

Ayat yang belum melalui proses transformasi, iaitu penyisipan/penambahan, pengguguran atau pergerakan unsur (perkataan/frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang daripadanya diterbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan).

Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat).

   a) FN + FN
       Nadia + guru.

   b) FN + FAdjektif
       Nadia + pandai.

   c) FN + FSN (sendi nama)
       Nadia + di dalam bilik.

   d) FN + FKerja
       Nadia + tidur.

Ayat Terbitan
Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.

a) Ayat Tunggal

Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja.

Contoh: Nadia guru sekolah rendah.
                Nadia tidur di dalam biliknya.

b) Ayat Majmuk

Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkan status klausa
yang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu
gabungan, pancangan dan campuran.

a) Ayat majmuk gabungan

Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat/klausa yang sama taraf (tiada
ayat/klausa induk). Sebagai contoh, enam ayat yang berikut boleh digabungkan
menjadi satu ayat majmuk.

1. Dia pandai mendeklasmasikan sajak.
2. Dia pandai melafazkan pantun.
3. Dia pandai berbahas.

Ayat majmuk: Dia pandai mendeklasmasikan sajak, melafazkan pantun dan berbahas.
b) Ayat majmuk pancangan

Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf (satu ayat induk dan satu
lagi ayat kecil / klausa).

Nota: Ayat induk ialah ayat yang wujud secara bebas (tidak bergantung pada kewujudan
ayat lain) sementara ayat kecil ialah ayat yang wujud secara terikat (kewujudannya
bergantung pada kewujudan ayat induk).

Dari segi jenis kata hubung yang berfungsi menghubungkan klausa induk dengan
klausa kecil di dalamnya, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu komplemen dan relatif.

i) Ayat majmuk pancangan komplemen (”bahawa”, ”supaya”/”agar”)

Dia menegaskan bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.

Ayat induk : Dia menegaskan ”sesuatu”.
Ayat kecil : bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.

Perhatikan: Kewujudan ayat kecil ”bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha
dan pengorbanan” adalah terikat dengan kewujudan ayat induk ”dia
menegaskan sesuatu”.


ii) Ayat majmuk pancangan relatif (”yang”)

Orang yang dicari penduduk kampung itu (ialah) Faiz.

Ayat induk : Orang yang dicari penduduk kampung itu.
Ayat kecil : Orang itu (ialah) Faiz.

c) Ayat Majmuk Campuran

Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat pelbagai jenis.

Contoh: Sarah menonton televisyen tetapi rakan-rakannya yang keletihan telah tidur
nyenyak di dalam bilik.

AYAT DASAR : Sarah menonton televisyen
AYAT  MAJMUK PANCANGAN RELATIF : Rakan-rakannya yang keletihan

Thursday 23 January 2014

TAJUK 2 : SINTAKSIS : BIDANG KAJIAN



Kata: Urutan Kata dan Perpindahan Kata
Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi nama (Lutfi Abas ,1975).

         Terdapat  unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut:
   (1)  Ah Leong sangat pandai bermain badminton.
   (2)  Suriani itu baik sungguh.
   (3)  Kuih muih  itu enak sekali.

         Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa.  Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 2008). Sebagai contoh,  perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah:

      Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin)
     Paulus = Paul
     Mariam =Mary
     vidit = melihat

     Dalam hubungan tersebut, akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut.   Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.

       Min aina anta ? (bahasa Arab)
  Min = daripada / dari
  aina = mana
  anta = kamu (lelaki)

     Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? 


     Oleh itu, perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan.

Saturday 18 January 2014

Mari belajar ayat dasar dan ayat terbitan...


Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Ayat dasar ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar 
juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan
ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).

Ayat terbitan ialah ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan
mematuhi hukum atau rumus transformasi.

Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula
atau peluasan.

Contoh :

         Ayat Dasar                                        Ayat Terbitan (perluasan)
  Alina pelajar (FN+FN)                     -         Alina pelajar yang cemerlang.
  Saufi memanjat (FN+FK)                       Saufi memanjat pokok yang tinggi.
  Mangga muda (FN+FA                   -          Mangga muda itu kegemaran adik.
  Pak Samad (FN+FS)                          -           Pak Samad ke kebun untuk bercucuk tanam.

Definisi Ayat?Makna Ayat?



Definisi Ayat 

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al,  2006).

 Contoh binaan ayat:
Subjek
Predikat
(1)  Syed (FN)
guru  (FN)
(2)  Peniaga  itu  (FN)
menjual kuih (FK)
(3)  Topinya (FN)
cantik sekali (FA)
(4)  Kedai itu (FN)
di hadapan pasaraya (FS)

1.2  Pembahagian Subjek dan Predikat

Subjek
Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
Predikat
Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

  Contoh:
Subjek
Predikat
(5)  Shahira
(6)  Ibu
(7)  Hakim itu
setiausaha di pejabat baru itu.
sedang memasak di dapur.
amat adil menjatuhkan hukuman.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan  dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang.