FRASA NAMA
Terbina daripada satu patah kata
atau rentetan beberapa patah kata yang unsur intinya ialah kata nama. Frasa
nama yang terbentuk daripada rentetan kata yang mempunyai dua jenis hubungan
antara kata tersebut, iaitu inti+penerang dan inti+inti.
Binaan frasa nama inti+penerang terbahagi kepada:
Binaan frasa nama inti+penerang terbahagi kepada:
1. inti+penerang
nama
2. inti+penerang
bukan nama
i.Binaan inti+penerang nama
terbahagi kepada:
a. inti+penerang
nama keturunan
contoh: bangsa India
b. inti+penerang
nama jenis
contoh: pokok
kelapa
c. inti+penerang
nama penyambut
contoh: pemandu lori
d. inti+penerang
nama kegunaan
contoh: bahan peluntur
e. inti+penerang
nama kelamin
contoh: ayam jantan
f. inti+penerang
nama tempat
contoh: warga kampung
g. inti+penerang
nama arah
contoh: bahagian bawah
h. inti+penerang
nama anggota badan
contoh: mata kanan
i. inti+penerang
nama tenaga penggerak
contoh: enjin diesel
j. inti+penerang
nama perihal atau perkara
contoh: surat lantikan
k. inti+penerang
nama milik
contoh: bumbung rumah
l. inti+penerang
nama khas
contoh: Pengerusi FAM
m. inti+penerang
nama gelaran
contoh: Si Tompok
ii.Binaan inti+penerang
bukan nama terbahagi kepada:
a. inti+penerang
penentu terbahagi kepada dua iaitu:
I. inti+penerang
penentu hadapan Contoh:
lapan saat
II. inti+penerang penentu belakang Contoh: kerusi itu
b. inti+penerang
kata kerja
Contoh: alat tulis
c. inti+penerang
kata adjektif Contoh:
bunga merah
d. inti+penerang
frasa sendi nama Contoh: kesakitan pada waktu itu
e. inti+penerang
bilangan ordinal
Contoh: abang kedua
Binaan frasa nama inti+inti
terbahagi kepada dua:
a. inti+inti
dengan maksud sama erti Contoh : tubuh badan
b. inti+inti dengan maksud
berlawanan Contoh : hitam putih
No comments:
Post a Comment