Friday 14 March 2014

Tajuk 10 : Ayat Bahasa Melayu



 AYAT
 
Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. 

Ayat mengandungi unsur klausa, unsur frasa dan perkataan. Terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek dan predikat ialah dua bahagian yang mesti ada dalam setiap ayat. 

Subjek ialah suatu binaan yang menjadi hal atau judul percakapan atau penulisan, manakala predikat pula ialah suatu binaan yang menerangkan perkara tersebut.

KLAUSA

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat. Hal ini bermaksud kebiasaanya ayat tunggal terdiri daripada satu klausa. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan keterangan biasanya terdiri daripada beberapa klausa.

Dari segi fungsi, klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada frasa tertentu dalam ayat. Klausa terbahagi dua, iaitu klausa utama dan klausa subordinat. Klausa utama tidak memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat, tetapi klausa subordinat, memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat.

Klausa utama dikenali juga dengan nama klausa bebas kerana diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa subordinat dikenali juga dengan nama klausa tak bebas kerana tidak ditandai intonasi yang lengkap.

Golongan klausa :

ü Klausa Nama: Klausa yang dapat menggantikan kata nama atau frasa nama dalam ayat bahawa, kata tanya, dan kata kerja.

ü Klausa adjektif: Kata penghubung yang menghubungkan dua ayat, dan fungsinya sama dengan kata adjektif.           
                
ü Klausa keterangan: Klausa yang berfungsi sebagai adverba dalam ayat kompleks, dan dapat menggantikan kata atau rasa keterangan masa, sebab, akibat, syarat, tolak ansur, dan tujuan.

FRASA

Frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau sederet perkataan. Frasa juga binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih.

 Terdapat beberapa jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Setiap frasa mempunyai binaannya tersendiri.

Contoh :
Frasa
bunga
sekuntum bunga
bunga mawar
sekuntum bunga mawar






PERKATAAN

Perkataan merupakan konstituen frasa. Perkataan juga dimaksudkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang boleh berdiri sendiri. Berasaskan fungsi dalam aturan tatabahasa, setiap perkataan boleh tergolong kepada jenis-jenisnya. 

AYAT DASAR

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. 

Ada empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu, iaitu:

POLA
CONTOH AYAT
Frasa Nama + Frasa Nama
Ayah saya seorang guru.
Frasa Nama + Frasa Kerja
Ibu sedang memasak untuk makan malam.
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Anaknya sangat manja.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Amin ke Selangor.

AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal disebut ayat inti atau ayat mudah mengandungi satu klausa, iaitu hanya ada satu subjek dan satu predikat. Contoh ayat tunggal adalah seperti yang berikut:

1.   Hafiz membaca majalah.
2.   Kakak Iyyad seorang guru.
3.   Kasutnya berwarna putih.

Thursday 13 March 2014

Tajuk 9 : Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu

FRASA SENDI NAMA 

 BINAAN FRASA SENDI NAMA

 Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut : 

   i.        Kata sendi nama + frasa nama

-      Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan sesuatu frasa nama.
Kata sendi nama
Frasa nama
daripada
tanah
sejak
dulu
tentang
sejarah

  ii.        Kata sendi nama + kata arah + frasa nama

-      Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului oleh kata arah.
Kata sendi nama
Frasa nama
Kata arah
Frasa nama
di
selatan
tanah air
ke
atas
kerusi
dari
luar
kedai

    
 iii.        Kata sendi nama + frasa nama + frasa keterangan

-      Frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur frasa pilihan.
Kata sendi nama
Frasa nama
Frasa nama
Frasa keterangan
ke
Selangor
minggu hadapan
dengan
kaum
pelbagai budaya
dalam
kemalangan
di jalan lama itu

    
iv.        Kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan                          

-      Kata sendi nama diikuti oleh kata arah, frasa nama dan frasa keterangan.
Kata sendi nama
Kata arah
Frasa nama
Frasa nama keterangan
dari
barat
sekolah
dengan tiba-tiba
di
atas
hukuman
pihak makhamah
pada
hujung
bulan
demi keperluan ibunya

KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

1)   Predikat frasa sendi nama

Predikat ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan biasa.

Contoh :
a)   Pelancong itu dari Kanada.
b)  Abang iparnya daripada kerabat diraja.
c)  Bilik persalinan itu untuk kaum wanita sahaja.

Frasa sendi nama sebagai keterangan

Hal ini wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.

Ø Keterangan frasa kerja

·        Adik ke sekolah dengan ibu. (penyertaan)
·        Pengantin itu jelita seperti permaisuri. (bandingan)
·        Bas bertolak pada pukul lapan malam. (masa)

Ø Keterangan frasa adjektif

·        Kakak pandai dalam bidang masakan. (hal)
·        Keluarga itu tenang pada akhirnya. (masa)
·        Sekolah harus bersih untuk keselesaan murid dan guru. (tujuan)

Ø Keterangan frasa nama

·        Kain daripada songket mahal harganya. (asal)
·        Perbelanjaan di ibu kota sangat tinggi. (tempat)
·        Ahmad sudah bersedia untuk peperiksaan. (tujuan)

  PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA SECARA UMUM

Penggunaan frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, dan tetapi. Contoh:

1. Pelancong itu datang dari dalam dan dari luar negara.

2. Kereta itu menuju ke kiri atau ke kanan jalan.

3. Qurnia bukan ke Kedah tetapi ke Pulau Pinang.

4. Lukisan itu dilukis oleh Suliana atau oleh Athirah.