Tuesday, 4 February 2014

TAJUK 4 : SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA BAHASA MELAYU

PERATURAN D-M

Pengertian D ialah diterangkan manakala M ialah menerangkan. Unsur yang diterangkan hendaklah didahulukan kerana unsur ini merupakan inti. Unsur yang menerangkan pula hendaklah dikemudiankan kehadirannya.
                                                                                                                                                        
FRASA NAMA
D (diterangkan)
M (menerangkan)
polis
wanita
pensyarah
kanan
ikan
keli
bunga
mawar
 
KEKECUALIAN HUKUM D-M  
                                                                                                                                                          
Frasa berikut diterima pakai sebagai betul akibat kebiasaan penggunaannya sejak sekian lama.

FRASA NAMA
 M (menerangkan)
D (diterangkan)
Perdana
Menteri
Timbalan
Menteri
Timbalan
Presiden
Naib
Pengerusi
Naib
Canselor
Naib
Yang Dipertua
Pembantu
Penyelidik
Ketua
Murid

FRASA NAMA
 M (menerangkan)
D (diterangkan)
pusat
bandar
ibu
pejabat
Penolong
Pengarah
Pegawai
Kerani

No comments:

Post a Comment