FRASA KERJA (FK)
Binaan Frasa Kerja
Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan dengan kata kerja sebagai intinya. Dalam ayat, frasa kerja wujud
dalam predikat. Frasa ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja
transitif dan frasa kerja tak transitif. Binaan frasa kerja secara umumnya sama
dengan kata kerja. Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan
seperti di bawah:
Frasa Kerja
Transitif
Frasa Kerja Tak Transitif
Frasa Kerja Tak Transitif
Binaan Frasa
Kerja Tanpa Objek
Kata Kerja Tak Transitif
Ø Tanpa pelengkap
Kata kerja yang mempunyai makna
lengkap. Oleh itu, kata kerja ini tidak memerlukan pelengkap untuk berfungsi
dalam ayat.
Contoh: Semua pelajar beratur
Mereka sekeluarga akan pulang
Ø Dengan pelengkap (berpelengkap)
·
Kata kerja tak transitif + pelengkap adjektif : Tenaganya
menjadi lemah.
·
Kata kerja tak transitif + pelengkap FSN (tempat): Anaknya
berada di kampung.
·
Kata
kerja tak transitif + pelengkap KN : Sepupunya menjadi doktor.
Ø Dengan kata nama (KN) sebagai
penerang
·
KN yang hadir selepas kata kerja tak transitif bukanlah
objek kerana KN itu tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif, dan bukannya
pelengkap kerana jika ditinggalkan KN itu tidak mencacatkan ayat, iaitu ayat
tersebut masih boleh dianggap lengkap.
Contoh: Abangnya berbaju batik.
Pelajar itu belajar bahasa Arab.
Binaan Frasa
Kerja dengan Objek
Kata Kerja Transitif
Ø Frasa kerja dengan satu objek
Kata kerja yang memerikan sifat
sesuatu, iaitu kata kerja yang berasal daripada kata adjektif. Kata kerja
ini boleh disertai kata penguat, dan
objeknya berupa pilihan, dan objek itu boleh digugurkan jika objek itu ialah kata
ganti diri pertama.
Contoh: Pemandangan itu amat mengasyikkan (saya)
(aktif), amat
mengasyikkan (saya) pemandangan
itu (songsang).
Ø Frasa kerja dengan dua objek
Frasa kerja yang mempunyai objek
tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah penyambut secara langsung, dan objek
sipi ialah penyambut secara tidak langsung.
Contoh: Ibu membeli anaknya pakaian (aktif),
anaknya dibeli ibu pakaian
(pasif),
ibu membelikan pakaian untuk
anaknya (aktif),
pakaian dibelikan ibu untuk
anaknya (pasif).
Contoh di atas menunjukkan bahawa
objek tepat sahaja yang dijadikan subjek dalam ayat pasif, iaitu menjadi unsur
yang diterangkan, sedangkan objek sipi tidak boleh diberikan fungsi itu.
No comments:
Post a Comment