BILANGAN DAN PANGGILAN
Kata bilangan berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama
dan boleh wujud di hadapan kata nama inti.
Contoh ayat:
Tiga ekor ikan
dipancing oleh Adi.
Segolongan kecil penduduk
telah membersihkan kawasan luar rumah mereka.
Kelima-lima peserta
bersedia ke dewan pertandingan.
Sekumpulan jururawat
ditugaskan merawat mangsa kemalangan itu.
Segelinitir pelajar memandang enteng terhadap
peraturan sekolah.
Sejumlah wang
ditemui bersama perompak itu.
Sebilangan besar
guru telah menghadiri kursus itu.
Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan
kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993);
i. Kata bilangan tentu
ii.Kata bilangan tak tentu
iii.Kata bilangan
himpunan
iv.Kata bilangan pisahan
v.Kata bilangan pecahan; dan
vi.Kata bilangan tingkatan
Kata Bilangan Tentu
Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus
kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan
simbol atau huruf abjad.
Contoh: satu = 1 lima = V
Kata Bilangan Tak Tentu
Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang
tidak khusus .
Contoh:
Segala, semua , banyak ,sedikit,
beberapa, sekalian,
sekelompok.
Kata Bilangan
Himpunan
Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang
terhimpun atau terkumpul.
Contoh: berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus,
beribu-ribu, kedua-dua, kelima-lima, kesemua.
Kata Bilangan Pisahan
Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur
pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi
dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang
menyokong makna bilangan yang terasing.
Contoh:
masing-masing, setiap, tiap-tiap
Kata
Bilangan Pecahan
Kata
bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya.
Contoh: setengah, separuh, sepertiga, segelintir,
sebahagian
Kata Bilangan Tingkatan
Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf
tingkatan bilangan.
contoh: pertama, kedua, ketiga , keseribu.
PANGGILAN / KATA PANGGILAN
Konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur
frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata panggilan lazim digunakan sebelum kata
nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa
Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti
secara lebih khusus.
Contoh: Profesor
Dr. Muhaya Mohamad
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Dato Siti Nurhaliza
No comments:
Post a Comment