FRASA SENDI NAMA
BINAAN FRASA SENDI NAMA
Frasa sendi nama boleh
terbentuk daripada salah satu binaan berikut :
i.
Kata sendi nama + frasa nama
- Kata sendi nama wujud sebagai
perkataan yang letaknya di hadapan sesuatu frasa nama.
Kata sendi nama
|
Frasa nama
|
daripada
|
tanah
|
sejak
|
dulu
|
tentang
|
sejarah
|
ii.
Kata sendi nama + kata arah + frasa
nama
-
Kata sendi nama wujud sebagai
perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului oleh kata arah.
Kata sendi nama
|
Frasa nama
|
|
Kata arah
|
Frasa nama
|
|
di
|
selatan
|
tanah
air
|
ke
|
atas
|
kerusi
|
dari
|
luar
|
kedai
|
iii.
Kata sendi nama + frasa nama + frasa
keterangan
- Frasa nama yang menjadi pelengkap
kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur frasa pilihan.
Kata sendi nama
|
Frasa nama
|
|
Frasa nama
|
Frasa keterangan
|
|
ke
|
Selangor
|
minggu
hadapan
|
dengan
|
kaum
|
pelbagai
budaya
|
dalam
|
kemalangan
|
di
jalan lama itu
|
iv. Kata sendi nama + kata arah + frasa
nama + frasa
keterangan
-
Kata sendi nama diikuti oleh kata
arah, frasa nama dan frasa keterangan.
Kata sendi nama
|
Kata arah
|
Frasa nama
|
Frasa nama keterangan
|
dari
|
barat
|
sekolah
|
dengan
tiba-tiba
|
di
|
atas
|
hukuman
|
pihak
makhamah
|
pada
|
hujung
|
bulan
|
demi
keperluan ibunya
|
KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA DALAM
AYAT
1) Predikat frasa sendi nama
Predikat ialah konstituen yang hadir
selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan biasa.
Contoh :
a)
Pelancong itu dari Kanada.
b) Abang iparnya daripada kerabat
diraja.
c) Bilik persalinan itu untuk
kaum wanita sahaja.
Frasa sendi
nama sebagai keterangan
Hal ini wujud sebagai unsur
keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.
Ø Keterangan frasa kerja
·
Adik ke sekolah dengan ibu.
(penyertaan)
·
Pengantin itu jelita seperti
permaisuri. (bandingan)
·
Bas bertolak pada pukul lapan
malam. (masa)
Ø Keterangan frasa adjektif
·
Kakak pandai dalam bidang
masakan. (hal)
·
Keluarga itu tenang pada
akhirnya. (masa)
·
Sekolah harus bersih untuk
keselesaan murid dan guru. (tujuan)
Ø Keterangan frasa nama
·
Kain daripada songket
mahal harganya. (asal)
·
Perbelanjaan di ibu kota
sangat tinggi. (tempat)
·
Ahmad sudah bersedia untuk
peperiksaan. (tujuan)
PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA
SECARA UMUM
Penggunaan frasa sendi nama dalam
ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan
menggunakan kata hubung seperti dan, atau, dan tetapi. Contoh:
1. Pelancong itu datang dari dalam dan dari luar negara.
2. Kereta itu menuju ke kiri atau ke kanan jalan.
3. Qurnia bukan ke Kedah tetapi ke Pulau Pinang.
4. Lukisan itu dilukis oleh Suliana atau oleh Athirah.
1. Pelancong itu datang dari dalam dan dari luar negara.
2. Kereta itu menuju ke kiri atau ke kanan jalan.
3. Qurnia bukan ke Kedah tetapi ke Pulau Pinang.
4. Lukisan itu dilukis oleh Suliana atau oleh Athirah.
No comments:
Post a Comment