AYAT
Ayat
ialah unit pengucapan atau tulisan paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Ayat
mengandungi unsur klausa, unsur frasa dan perkataan. Terdiri daripada subjek
dan predikat. Subjek dan predikat ialah dua bahagian yang mesti ada dalam
setiap ayat.
Subjek
ialah suatu binaan yang menjadi hal atau judul percakapan atau penulisan,
manakala predikat pula ialah suatu binaan yang menerangkan perkara tersebut.
KLAUSA
Klausa ialah
satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat
dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat. Hal ini bermaksud kebiasaanya ayat
tunggal terdiri daripada satu klausa. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk
pancangan keterangan biasanya terdiri daripada beberapa klausa.
Dari
segi fungsi, klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada frasa tertentu
dalam ayat. Klausa terbahagi dua, iaitu klausa utama dan klausa subordinat.
Klausa utama tidak memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat, tetapi
klausa subordinat, memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat.
Klausa
utama dikenali juga dengan nama klausa bebas kerana diucapkan dengan intonasi
yang sempurna. Klausa subordinat dikenali juga dengan nama klausa tak bebas
kerana tidak ditandai intonasi yang lengkap.
Golongan
klausa :
ü Klausa Nama: Klausa yang dapat menggantikan kata nama atau
frasa nama dalam ayat bahawa, kata tanya, dan kata kerja.
ü Klausa adjektif: Kata penghubung yang menghubungkan dua ayat, dan fungsinya
sama dengan kata adjektif.
ü Klausa keterangan: Klausa yang berfungsi sebagai adverba dalam ayat kompleks,
dan dapat menggantikan kata atau rasa keterangan masa, sebab, akibat, syarat,
tolak ansur, dan tujuan.
FRASA
Frasa boleh terdiri daripada satu
perkataan atau sederet perkataan. Frasa juga binaan daripada satu perkataan
yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau
lebih.
Terdapat
beberapa jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama. Setiap frasa mempunyai binaannya tersendiri.
Contoh :
Frasa
|
bunga
|
sekuntum
bunga
|
bunga
mawar
|
sekuntum
bunga mawar
|
PERKATAAN
Perkataan
merupakan konstituen frasa. Perkataan juga dimaksudkan sebagai bentuk bebas
yang terkecil yang boleh berdiri sendiri. Berasaskan fungsi dalam aturan
tatabahasa, setiap perkataan boleh tergolong kepada jenis-jenisnya.
AYAT DASAR
Ayat dasar
ialah ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu
bahasa.
Ada empat pola
ayat dasar dalam bahasa Melayu, iaitu:
POLA
|
CONTOH AYAT
|
Frasa Nama +
Frasa Nama
|
Ayah saya
seorang guru.
|
Frasa Nama +
Frasa Kerja
|
Ibu sedang
memasak untuk makan malam.
|
Frasa Nama +
Frasa Adjektif
|
Anaknya
sangat manja.
|
Frasa Nama +
Frasa Sendi Nama
|
Amin ke
Selangor.
|
AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal
disebut ayat inti atau ayat mudah mengandungi satu klausa, iaitu hanya ada satu
subjek dan satu predikat. Contoh ayat tunggal adalah seperti yang berikut:
1.
Hafiz membaca majalah.
2.
Kakak Iyyad seorang guru.
3.
Kasutnya berwarna putih.