Mari belajar ayat dasar dan ayat terbitan...
Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Ayat dasar ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Ayat dasar
juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi
pembentukan
ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).
Ayat terbitan ialah ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu
ayat dengan
mematuhi hukum atau rumus transformasi.
Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan
semula
atau peluasan.
Contoh :
Ayat
Dasar
Ayat Terbitan (perluasan)
Alina
pelajar (FN+FN) - Alina pelajar yang cemerlang.
Saufi
memanjat (FN+FK) - Saufi memanjat pokok yang
tinggi.
Mangga muda (FN+FA - Mangga
muda itu kegemaran adik.
Pak Samad (FN+FS) - Pak Samad ke kebun untuk bercucuk tanam.
No comments:
Post a Comment