RAGAM
DAN JENIS AYAT
A.
AYAT AKTIF:
i.
Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek
ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat
ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan
‘men….i’.
iii. Contoh : Syafie sedang mengecat dinding. (Syafie ialah pelaku
(di depan) dan dinding ialah benda kena buat)
B.
AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di
hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai
pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau
‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk
pelaku ganti nama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa
imbuhan.
Contoh :
i. Dinding itu dicat oleh
Syafie.
ii.
Dinding itu kamu cat. (pelaku diri kedua)
iii.Dinding itu saya cat. (pelaku diri pertama)
JENIS-JENIS AYAT
Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.
Ayat Dasar
Ayat yang belum melalui proses transformasi, iaitu penyisipan/penambahan, pengguguran atau pergerakan unsur (perkataan/frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang daripadanya diterbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan).
Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat).
a) FN + FN
Nadia + guru.
b) FN + FAdjektif
Nadia + pandai.
c) FN + FSN (sendi nama)
Nadia + di dalam bilik.
d) FN + FKerja
Nadia + tidur.
Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.
Ayat Dasar
Ayat yang belum melalui proses transformasi, iaitu penyisipan/penambahan, pengguguran atau pergerakan unsur (perkataan/frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang daripadanya diterbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan).
Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat).
a) FN + FN
Nadia + guru.
b) FN + FAdjektif
Nadia + pandai.
c) FN + FSN (sendi nama)
Nadia + di dalam bilik.
d) FN + FKerja
Nadia + tidur.
Ayat Terbitan
Ayat terbitan
diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari
segi bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula,
ayat terbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah
penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.
a) Ayat Tunggal
Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja.
Contoh: Nadia guru sekolah rendah.
Nadia tidur di dalam biliknya.
b) Ayat Majmuk
Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkan status klausa
yang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu
gabungan, pancangan dan campuran.
a) Ayat majmuk gabungan
Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat/klausa yang sama taraf (tiada
ayat/klausa induk). Sebagai contoh, enam ayat yang berikut boleh digabungkan
menjadi satu ayat majmuk.
1. Dia pandai mendeklasmasikan sajak.
2. Dia pandai melafazkan pantun.
3. Dia pandai berbahas.
a) Ayat Tunggal
Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja.
Contoh: Nadia guru sekolah rendah.
Nadia tidur di dalam biliknya.
b) Ayat Majmuk
Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkan status klausa
yang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu
gabungan, pancangan dan campuran.
a) Ayat majmuk gabungan
Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat/klausa yang sama taraf (tiada
ayat/klausa induk). Sebagai contoh, enam ayat yang berikut boleh digabungkan
menjadi satu ayat majmuk.
1. Dia pandai mendeklasmasikan sajak.
2. Dia pandai melafazkan pantun.
3. Dia pandai berbahas.
Ayat majmuk: Dia pandai mendeklasmasikan sajak, melafazkan pantun dan berbahas.
b) Ayat majmuk pancangan
Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf (satu ayat induk dan satu
lagi ayat kecil / klausa).
Nota: Ayat induk ialah ayat yang wujud secara bebas (tidak bergantung pada kewujudan
ayat lain) sementara ayat kecil ialah ayat yang wujud secara terikat (kewujudannya
bergantung pada kewujudan ayat induk).
Dari segi jenis kata hubung yang berfungsi menghubungkan klausa induk dengan
klausa kecil di dalamnya, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu komplemen dan relatif.
i) Ayat majmuk pancangan komplemen (”bahawa”, ”supaya”/”agar”)
Dia menegaskan bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.
Ayat induk : Dia menegaskan ”sesuatu”.
Ayat kecil : bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.
Perhatikan: Kewujudan ayat kecil ”bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha
dan pengorbanan” adalah terikat dengan kewujudan ayat induk ”dia
menegaskan sesuatu”.
ii) Ayat majmuk pancangan relatif (”yang”)
Orang yang dicari penduduk kampung itu (ialah) Faiz.
Ayat induk : Orang yang dicari penduduk kampung itu.
Ayat kecil : Orang itu (ialah) Faiz.
c) Ayat Majmuk Campuran
Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat pelbagai jenis.
Contoh: Sarah menonton televisyen tetapi rakan-rakannya yang keletihan telah tidur
nyenyak di dalam bilik.
AYAT DASAR : Sarah
menonton televisyen
AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF : Rakan-rakannya yang
keletihan